SPM : Tips menjawab Insyak Pendek ( فقرة قصيرة)

SPM : Tips menjawab Insyak Pendek ( فقرة قصيرة):



AbuAqil aka
AbuSakeena





Lama betul
tidak update blog terutama tips tips untuk B Arab SPM. Kali ini ustaz ingin berkongsi
tips untuk menjawab soalan kertas 2 iaitu soalan 2 bahagian (
ب
).soalan ini menghendaki pelajar menulis insyak pendek mengikut arahan yang
diberikan. pelajar hendaklah menulis tidak kurang 40 patah perkataan dengan
peruntukan markah sebanyak 5 markah.  Antara
arahan-arahan soalan ini ialah menulis kad, surat, e-mel kepada seseorang. Antara
tips mudah untuk menjawab soalan ini ialah anda perlu karang beberapa perkara
berikut :





¢  Ucapan salam


¢  Alu-aluan &
bertanya khabar


¢  Tujuan bersempena [arahan soalan]


¢  Ucapan


¢  Doa





Anda hanya
perlu menghafal ayat-ayat berikut dan ubah mengikut arahan dalam soalan. INGAT,
ini untuk soalan surat, emel dan kad sahaja, bukan soalan ucapan atau khutbah.





السلام عليكم ورحمة الله
وبركاته،





صديقي/ معلمي العزيز،





كيف حالك يا.........
المحبوب؟ أنا وأسرتي المحبوبة هنا في صحة وعافية. أغتنم هذه الفرصة الذهبية
بمناسبة
   ( saya mengambil peluang keemasan ini
bersempena)


.................لأقدم لك.................


 رحمك
الله دائما ولك السعادة في الدنيا والآخرة.





Ruang
kosong hendaklah dimasukkan arahan dalam soalan bersempena sesuatu sambutan
serta ucapan.


Contoh soalan.





تحتفل مدرستك بعيد المعلمين، اكتب إلى معلمك بطاقة
التهنئة والتقدير على خدماته ومآثره الكثيرة وجهوده المحمودة


Maka jawapannya
ialah :





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،





معلمي العزيز،





كيف حالك يا معلمي المحبوب؟ أنا وأسرتي المحبوبة هنا في
صحة وعافية. أغتنم هذه الفرصة الذهبية بمناسبة احتفال بيوم المعلمين في مدرستنا
لأقدم لك قول التهنئة " أهنئك بيوم المعلمين يا معلمي، شكرا كثيرا على
خدماتك ومآثرك الكثيرة وجهودك المحمودة
 


 رحمك الله دائما ولك السعادة
في الدنيا والآخرة.





Ayat bergaris
adalah arahan yang terdapat dalam soalan. Semoga dapat membantu semua pelajar. Wallahu
a’lam.




* Soalan di atas ialah soalan SPM 2012





SHARE

Milan Tomic

Hi. I’m Designer of Blog Magic. I’m CEO/Founder of ThemeXpose. I’m Creative Art Director, Web Designer, UI/UX Designer, Interaction Designer, Industrial Designer, Web Developer, Business Enthusiast, StartUp Enthusiast, Speaker, Writer and Photographer. Inspired to make things looks better.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Posting Komentar

Translate